8. Penender diberi tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat tawaran berjaya yang dikeluarkan oleh Jabatan ini untuk menjelaskan harga tawaran 9. Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, bilangan pendaftaran kenderaan tersebut akan ditawarkan secara terbuka kepada sesiapa saja yang sanggup mengambil bilangan pendaftaran kenderaan tersebut dengan harga tawaran tertinggi. 10. Penender yang sudah menjelaskan bayaran harga tawaran boleh menyimpan bilangan pendaftaran kenderaan bagi tempoh 3 tahun dengan membayar Holding Fee sebanyak $60.00 (non-refundable). 11. Sekiranya Tanda Pengenalan masih tidak didaftarkan selepas tempoh tiga (3) tahun, pemohon boleh menghadapkan semula permohonan melanjutkan tempoh pendaftaran merujuk perkara 10 di atas. 12. Bilangan Pendaftaran Kenderaan yang sudah dibayar boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja dengan bayaran perkhidmatan Serah $5.00. 13. Jika Penender gagal melunaskan pembayaran telah ditawarkan mengikut syarat-syarat dan tempoh yang telah ditetapkan seperti di atas, maka Jabatan ini berhak untuk menarik balik Tanda Pengenalan berkenaan dan akan ditawarkan semula kepada orang ramai. 14. Mana-mana Penender TIDAK DIBENARKAN untuk mengikuti sebarang Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderran jika: a. Penender didapati mempunyai tunggakan atau belum menjelaskan bayaran harga tawaran tanda pengenalan lain sebelum ini; atau b. Penender memiliki tidak kurang daripada 3 tanda pengenalan atas Namanya yang tidak didaftarkan dan tidak ada kebenaran Holding, termasuk tanda pengenalan yang digantung dan dimiliki melalui serah. 15. Syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas adalah berpandukan kepada Road Traffic (Identification Marks) Regulations, 2008 dan dasar-dasar yang berjalan pada masa ini. Bagi sebarang pertanyaan dan urusan lanjut, orang ramai bolehlah berurusan terus dengan Kaunter No.15, di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Kampong Mata-Mata Gadong atau Kaunter No.7 di Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait atau emel kepada info_ltd@jpd.gov.bn
|